I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Thursday 11 August 2011

untuk 18 tahun ke atas sahaja


Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND….

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sunday 7 August 2011

Penangan Sahur Ku

Nak bangun sahur esok nak makan apa?

soklan femes untuk ibu-ibu dari anak-anak yang baru belajar puasa.
kadang-kadang soklan tu jugak datang dari bapak-bapak. 

tekad i bulan puasa ni nak kurangkan pengambilan nasi, tapi mampukah i?
kenapa i nak buat begitu? suka hati bapak tiri nenek moyang aku lah.  hehe

sebenarnya, i rasa badan i dh makin berisi. bukan bermaksud ada isi ye, maksud i.. aku macam dah gemok la !!! alamak....

untuk hari pertama berpuasa i bangun sahur dengan makanan yang ala-ala diet jugak la. haha nak tahu apakah ia? 

makanan ni macam makanan sarapan pagi. mengandungi serat bijirin yang mampu bagi tenaga untuk i. kemudian kalsium untuk tulang dan gigi i yang santek nih.. & special sekali buah kurma Yusoff Tayyob (xde yang tu, yang laen pon i bedal)

sehari sebelum posa i dah pegi sopping makanan sahur i. Hanya di Tesco, punya la ramai orang-orang melayu membeli belah untuk bekalan di bulan posa. sambil tu kaum cina & india jugak tak melepaskan peluang. Maklum la SALE melambak!

Tak kira lagi dengan bangsa asing, Indonesian, Myanmar, African, Bangladesh, Arabian, Mat Saleh pon ada. Troli sampai abes la kiranya, haha giler punya sopping. 

Apa yang i makan untuk sahur adalah:


DAN


Inilah antara juadah sahur i. sedap la jugak bagi yang ingin mengamalkan diet macam i. yang penting makan, jangan tak makan sudah.

Bangun sahur pon dapat pahala taw, sebab tu bulan Ramadhan ni bulan yang penuh berkat. Seperti yang i sebut dalam syair aku kat SINI

Macammana i makan cornflakes + susu tu? mudah saja... cuma campur kedua-duanya didalam mangkuk lepas tu makan la. hehe



sungguh menyelerakan kan....

Kalau anda rasa ingin mencuba resepi ini, kunjungilah Tesco berdekatan, ataupon kedai runcit, supermarket, mini market, semua ada. cuma kat market yang jual ikan, ayam, sayur tu xdak la. muhahaha

* Tesco baru kat Kedah sudah dibuka, area stargate highway Alor setar selatan.. Agaknya bila aku dapat pegi erk, hari-hari lalu tapi tak sempat singgah. haissshhh ;) 

p/s: selamat bersahur kepada semua umat islam yang berposa ja..! 

Saturday 6 August 2011

8 yr old Juliana Erna

Tiba2 teringat time kecik2. Dulu mase 8thn of coz la I darjah dua. Disebabkan I ni slow giler so I masuk la second class, 2 Bakawali. Ingat lagi, cikgu2 slalu cakap kelas Bakawali, B for bodoh, bangang n bengap (ade ke patot). Mase tu kecik lagi so x terasa ape2 sangat. Then I ingat lagi one day, pn haszila roslan, cikgu bm, suruh class kiteorang wat karangan cita-cita saya. Hahaha.. kelakar gila. Darjah dua mane la taw ape2 sangat pasal cita2. Memang slow. X taw la berapa RAM IQ I mase tue..
Then dengan bangganye I buat karangan I nak jadi KERANI hahahaha... mase tu gune buku atas kosong, bawah garis2.. Siap suruh seri (besties during that time) lukis gambar pompuan pakai skirt pendek lagi. Hehehe… then, balik rumah I pon sambung la buat keje tue, then da siap I tunjuk my momma. Giler my momma terkejut plus menjerit sebab anak die nak jadi kerani.. heh! I tercengang2.. nape? Salah ke? Then my momma cakap la, x der keje lain ke selain KERANI? Buatlah doctor ke.. ckgu ke.. sedap sikit mak dengar. Tapi I keras kepala gak n juz biarkan je..
Then the next day I antar la karangan tue. Biler turn I je, cikgu tue peril abis! Ingat lagi die cakap.. owh~ juliana nak jadi kerani sebab nak pakai cantik2, pakai skirt, duduk berangan x wat keje. Sumpah that time I marah2 plus menyumpah-nyumpah cikgu tue. Ade ke patot cakap macam tu. Macam nak nangis pon ade~. Yerla, kawan2 sume wat nak jadi arkitek, doctor, engineer, then tetibe my turn I mao jadi kerani.. aaa.. sungguh malu. Giler trauma nak masok kelas lepas kes tue.. asyik kene peril je.. padan muke..sape soh x nak dengo cakap mak.. :p
Hhmm.. Whatever it is,I da x heran da dengan sume sindiran+peril+kutukan tu semua.. skrang ALHAMDULILLAH I da ade diploma and on my way to complete my degree. Budak kelas B for bodoh+bngang+bengap pon boleh berjaya ok... Keciknye dunia. Kejapnye masa berlalu. Pejam celik I da besar giler2 ok! J hhmm… If I jadi cikgu I x akan jadi mcm cikgu I tue. X membina langsung (sorry cikgu) bukan ape, budak kecik kowt, mane la taw ape2. So, x yah la nak pilih bulu. Sume tu bergantung pada usaha n ikthiar dr diri sendiri+doa mama papa. Ceh~ tetibe pula emo2.. hmm.. I wonder la..mane kawan2 mase kecik2 dulu sume pergi eah~ kawan time gadoh..main masak2..main perang2.. yang I akan ingat sampai bile2, kawan yg berlagak.. hmm.. sesungguhnye berlagak itu x akan membawa anda kemana2.. Mish u dear~

owh ahad...



owh ahad~ . wkn memang sangat bosan smpai x taw nk wat ape. hueeee... orang sume tanye "x bosan ke duduk bilik" then i cakap x bosan.. sangat best hahaha... padahal dalam hati menyumpah2 kan~ tapi kan, sape kate i duduk bilik je? i keluar jugak ok.. dari subuh smpai tengah malam i akan kuar ulang-alik pergi toilet. so, tu kira keluar jugak la kan.. ngehehehe.. ok2.. hari ni i abiskan mase dengan teddy muncit. tibe2 terasa mcm nak mandikan teddy muncit yang dah terlalu kepam.. o.m.g..
tara.. teddy ni kene gantung sebab keadaan die still lembap. even da basuh n masuk tempat pengering yang amat panas, tapi kekabu dalam badan still basah... :P
jahat kan sy.. da puas peningkan die dalam mesin, kuar terus kene sepit telinga.. owh en.teddy, mintak ampun sangat
ni plak benda yang i sangat suke makan hari ni. plum tablet candy. sebenarnye ni fav mase kecik2. tibe2 teringat balik n terus amik+bayar. hehehe.... satu hari je da abis ok.. menyesal x beli banyak2 kan.. :(

when sadness fills my heart

kawan ketawa senang dicari...kawan menangis sukar dicari...



salam n hye all. dunno y lately mood swing gile. n all of sudden rase nak post entry ini. yup. memang betol pon statement ini. buat apa kalau kawan beribu tapi hanya pada saat ketawa dan menghilangkan diri bila kesusahan melanda. frankly speaking, i memang x ramai kawan n i dont give a damn on it coz to me, i ade kawan sehati sejiwa yang ada 24/7 dengan i n i dont even need all those parasite yang datang sekadar membuat onar. ermm.. actually, parasite pon berharga jugak kan coz dorang buat i sedar+tahu menilai mana kawan mana lawan. owh~ hello parasite.. tq ogey? :). btw, i would like to thanked my soulmate yang ada dengan i susah senang. syg, i miss u...hope to see u soon coz i really *rindu* our past... :( p/s: quality diperlukan dan bukan quantity. :)


   

Wednesday 3 August 2011

cream carbonara.. yummy!

blurppp....
hehehehe.. kenyang sangat2..
semalam dengan bangganyer masak cream carbonara..
tapi cune marcaroni sebab kat mama,papa suka makan...
hmm...first time gune marcaroni pon sedap gak.. :)
yummy~ :)
proud to be JULIANA ERNA...
ahahahahaha...




tara... ni la i pnye marcaroni cream carbonara.. :)


nak lagi sedap letak cheese..
i lagi ske letak benda2 ni drpd daging/ayam cincang..
mengunakan prego ok.. ahahahaha
terlalu bnyk ok.. :P
part of capsicum+cendawan butang..
marcaroni yg da direbus..
taraaa.... hasilnye.. jemput makan.. ;)



actually bnyk lagi bahan lain yg i gune..
tapi x kuase nak snap pic time tengah masak..
hohoho... :)

Tuesday 2 August 2011

Hargai Air Mata

Wanita memang dilahirkan dengan sifat lemah..
Mudah mengalirkan air mata..
Tetapi air mata itu sangat berharga...
Hanya kepada orang yang teristimewa dan hal yang tertentu sahaja..
Tak perlu mengalirkan air mata disebabkan perkara yang remeh...
Dan tak perlu menagih simpati dari kaum adam yang tidak berkenaan dalam hidup kita...
Tolonglah ingat tuh!!!
Mood = Meluat~

54 Keistimewaan Wanita



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Hati Seorang Wanita


Jika seorng wanita itu menangis di hadapanmu
Itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi..
.
Jika kamu memegang tgnnya saat dia menangis,
Dia akn tinggal b'samamu sepnjg hayat mu...
Jika kamu m'biarkn nya pergi,
Dia tidak akn prnh kembali lg m'jdi dirinya yg dl...SELAMANYA...
Seorg wanita tidak akn menangis dgn mudah,
Kecuali di depan org yg amat dia syangi...
Dia m'jadi lemah...
Seorg wanita tidak akn menangis dgn mudah,
Jika dia sgt menyayangi mu...
Tiada lg rasa ego nya...
LELAKI...
Jika seorg wanita prnh menangis krna dirimu,
Pegang lah tgnnya dgn penuh pengertian..
Kerana dia adalah org yg akn ttp b'sama spnjang hidup mu...
LELAKI...
Jika seorg wanita menangis krna mu,
Janganlah dipersiakn...
Mungkin krna dgn kptsn mu kau akn merosakkn hdupnya...
Saat dia menangis di dpnmu,
Saat dia menangis krna mu,
Lihatlah mata nya...
Dpt kah kau lihat & rasa kn skit yg dirasaknnya??
FIKIRKANLAH...
Wanita mana lg yg akn menangis dgn murni,penuh rasa syg di dpnmu & krna dirimu...
Dia menangis bkn krna dia lemah,
Dia menangis bkn krna dia m'inginkn simpati @ rasa kasihan,
Dia menangis krna dlm diam2 dia dh x mampu menahan dri nya...
LELAKI...
Fikirkanla tntg hal itu...
Jika seorg wanita menangisi hatinya utkmu,
Dan semuanya krna dri mu,
Inilah wktunya utk melihat apa yg telah ksu lakukan padanya...
Hanya kau yg tahu jwpn nya,
Pertimbangkan la krna suatu hari nti mgkn akn t'lmbt utk menyesal,
Mungkin akn t'lambat utk memohon MAAF !
Jadi hargai,jujur,setia la pd wanita yg berada di smpingmu,yg sanggup b'buat apa sj utkmu...
M'jge,m'rndui,menyayangi & mengasihi dirimu...

dreaming!?????

AKU MIMPI...malam tadi...huaa...beshnyer...

indah dowh...bwk keta nih....

mmg laa keta nih jauh beza ngn keta aku skung....

tp aku akan milikinye....ihihhi....INSYAALLAH....

na tawu???


ni mercedez benz siri SL....huaa..terbaiklah....=)

cemburu

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Byk gak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.

Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.
Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..

1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. 
Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. 
Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?

7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.

10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. 
Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.
motif????...hanya 'dia' yang tahu..... 

Monday 1 August 2011

finally! :)





sangat teruja+hepy mcm dlm pic atas sekarang ni sebab dapat lagu+lirik in english lagii.. :)
best~ klu x sebelum ni mesti layan cerita "boys over flower" je kan..
so no, i hepy+sangat puas hati!
yezzza!!!! so now wat keje pon leh dengar lagu nie.. ;)
tapi i agak x berkenan dengan lirik die ok!
hahahahahahaha.....
now tgh in love dgn cerita "boys over flower"
omg! something happen to my heart
LOL! ;)






*********




even though i know i just can't let go
all these feeling i have deep in my heart
even if i see, you're not next to me
i don't want to be apart

i count all the memories that we have once shared
keeping them alive within my mind
my heart keeps on longing for you to be near
why can't i leave these thoughts of you behind?

i can no longer control this heart of mine
all this love for you made completely blind
blinded foolishly, i can only see
you are keeping your love for someone else

my heart silently cries the tears from deep within
the pain won't stop so i'll keep it in
only if you can see, the one loving you is me
i'll give you everything that you need

even if i held my hands out and call for you
seems like you're always far away
my heart will slowly stop, and break into two
with a healing scar that will never fade

i try to comfort myself with this one lie
i'll be happy if i can see you smile
even if you do go, my heart cannot let go
cause the tears keep on falling down

i can no longer control this hear of mine
i have gone crazy over this one sided love
can't forget you nor can i make you mine
along waiting for you as days pass by

i must have become ill from missing you so much
my heart can't find its way back to me
only you can cure this
love sickness with just one touch

with your hear please share that love with me
please save all your love for only me